KEJAYAAN yang diraih Petronas bukan datang dengan sekelip mata. Begitu juga keupayaannya menjadi antara syarikat terkemuka dunia dengan namanya terpampang megah dalam senarai Fortune Global 500. Tidak banyak syarikat di dunia yang mampu mencipta sejarah sepertinya, apatah lagi syarikat tempatan sendiri. Pencapaian ini adalah hasil kesungguhan kesemua 35,000 kakitangan seluruh dunia termasuk 20,000 di Malaysia dan bukan kerana kehebatan penerajunya Tan Sri Mohd. Hassan Marican semata-mata.
Tidak menghairankan jika Mohd. Hassan yang merupakan Presiden dan Ketua Eksekutifnya paling kecewa terhadap kenyataan sesetengah pihak yang mahukan gaji kakitangannya dikurangkan berikutan keuntungan syarikat minyak itu jatuh buat kali pertama sejak 2002. Bagi mereka yang dangkal ilmu dan pendek fikiran sememangnya amat mudah untuk membuat tuduhan seumpama itu, sedangkan tidak ramai yang mengetahui bahawa gaji kakitangan Petronas tidak setinggi mana.
Bayaran gaji yang dibawa pulang oleh kakitangan hanya lebih tinggi sedikit berbanding dengan kakitangan awam dan sekadar menyamai apa yang ditawarkan Bank Negara
Di sebalik kehebatan Petronas, ia mempunyai masalah tersendiri terutamanya modal insan. Jadi tidak hairan setiap kali bertemu media, Hassan sentiasa melahirkan kebimbangan tentang kebanjiran keluar tenaga mahir Petronas menyertai syarikat minyak lain kerana gaji dan imbuhan yang lebih besar.
Berapa ramai yang bersedia bekerja keras di tengah-tengah lautan dan bawah panas terik
Petronas kini perlu menerokai laut dalam dan juga jauh lebih dalam (ultra deep) berbanding sebelumnya sehingga mencecah 4,000 meter yang memerlukan teknologi baru dan melibatkan kos yang tinggi sedangkan hasilnya belum pasti daya majunya.Segalanya tidak mudah kerana industri minyak dunia kini berdepan dengan kos yang tinggi dan harga minyak yang rendah. Penyediaan infrastrukturnya seperti loji penapisan bukan siap semalaman tetapi sekurang-kurangnya
Bayangkan tidakkah hebat sebuah syarikat di sebuah negara kecil seperti
Kenapa tidak dilihat tentang keupayaan negara lain seperti
p/s: Duit bukan segalanya
1 comments:
betul2
actually, manusia ni saling memcemburui btwn each others.
they should be thankful for whatever they got.
dont begrudge each others.
Post a Comment