KEJAYAAN yang diraih Petronas bukan datang dengan sekelip mata. Begitu juga keupayaannya menjadi antara syarikat terkemuka dunia dengan namanya terpampang megah dalam senarai Fortune Global 500. Tidak banyak syarikat di dunia yang mampu mencipta sejarah sepertinya, apatah lagi syarikat tempatan sendiri. Pencapaian ini adalah hasil kesungguhan kesemua 35,000 kakitangan seluruh dunia termasuk 20,000 di Malaysia dan bukan kerana kehebatan penerajunya Tan Sri Mohd. Hassan Marican semata-mata.
Tidak menghairankan jika Mohd. Hassan yang merupakan Presiden dan Ketua Eksekutifnya paling kecewa terhadap kenyataan sesetengah pihak yang mahukan gaji kakitangannya dikurangkan berikutan keuntungan syarikat minyak itu jatuh buat kali pertama sejak 2002. Bagi mereka yang dangkal ilmu dan pendek fikiran sememangnya amat mudah untuk membuat tuduhan seumpama itu, sedangkan tidak ramai yang mengetahui bahawa gaji kakitangan Petronas tidak setinggi mana.
Bayaran gaji yang dibawa pulang oleh kakitangan hanya lebih tinggi sedikit berbanding dengan kakitangan awam dan sekadar menyamai apa yang ditawarkan Bank Negara Malaysia. Kakitangan Petronas sendiri pernah kebingungan apabila kesemua mereka dikatakan menikmati petrol percuma. Malah Mohd. Hassan pernah terkejut dan ketawa apabila dikatakan memiliki jet peribadi.
Di sebalik kehebatan Petronas, ia mempunyai masalah tersendiri terutamanya modal insan. Jadi tidak hairan setiap kali bertemu media, Hassan sentiasa melahirkan kebimbangan tentang kebanjiran keluar tenaga mahir Petronas menyertai syarikat minyak lain kerana gaji dan imbuhan yang lebih besar.
Berapa ramai yang bersedia bekerja keras di tengah-tengah lautan dan bawah panas terik padang pasir, jauh dari negara sendiri kerana kepentingan negara tetapi bayaran yang diterima tidak berbaloi.Kehilangan pekerja berpengalaman dan berkemahiran merupakan satu kerugian kepada negara dalam usahanya membangunkan lagi Petronas yang banyak menyumbang kepada kemakmuran ekonomi negara.Benarkah, pembayaran gaji yang didakwa terlalu tinggi kepada kakitangan menjadi penyumbang kerugian Petronas apabila kos tenaga kerjanya hanya mewakili tiga peratus manakala perbelanjaan pengeluaran dan operasi mewakili angka yang terbesar sebanyak 71 peratus. Jumlah perbelanjaan yang bakal dibelanjakan syarikat minyak negara itu tidak akan berkurangan kerana untuk mengorek minyak dari perut bumi bukan lagi semudah sebelumnya.
Petronas kini perlu menerokai laut dalam dan juga jauh lebih dalam (ultra deep) berbanding sebelumnya sehingga mencecah 4,000 meter yang memerlukan teknologi baru dan melibatkan kos yang tinggi sedangkan hasilnya belum pasti daya majunya.Segalanya tidak mudah kerana industri minyak dunia kini berdepan dengan kos yang tinggi dan harga minyak yang rendah. Penyediaan infrastrukturnya seperti loji penapisan bukan siap semalaman tetapi sekurang-kurangnya lima tahun akan datang.Menyedari hakikat sumber dalam negara juga akan berakhir Petronas dengan pengurusannya yang bijak bertindak menerokai telaga minyak dan gas di luar negara untuk membawa kekayaan ke dalam negara.
Bayangkan tidakkah hebat sebuah syarikat di sebuah negara kecil seperti Malaysia yang kini rizab minyak tidak sebanyak mana, berjaya kekal menjadi penyumbang terbesar tunggal kepada hasil negara sedangkan dahulu ditubuhkan hanya mempunyai modal sebanyak RM10 juta. Kenapa tidak dilihat tentang keupayaan negara lain seperti Venezuela, Mexico dan juga jiran terdekat Indonesia yang mempunyai rizab minyak jauh lebih besar dalam perut bumi tetapi gagal untuk membangunkan negaranya Tidak salah untuk sesiapa sahaja melontarkan pendapat kerana setiap orang berhak berbuat demikian tetapi biarlah mempunyai kebenaran. Seperti mana kataa orang, "berat mata memandang lebih berat bahu yang memikul".
Posted by
Struggling engineer
Thursday, July 9, 2009
comments (2)
Dilaporkan keputusan kerajaan memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang diumumkan hari ini mendapat reaksi positif pelbagai pihak. Cendekiawan, ahli politik, ahli akademik, pendidik malah pelajar sendiri menyifatkan langkah itu sebagai sesuatu yang realistik ke arah memperkukuh kedudukan Bahasa Inggeris dan pada masa yang sama mendaulatkan bahasa Melayu.
Diharap apa yang dilapor tu ada asasnya. Bimbang juga takut-takut pisang berbuah lima enam kali. Dulu pun masa PPSMI nak diperkenalkan, semuanya reaksi positif, kalau ada pun yang negatif, hanya dipendam buat pekasam. Lagi satu, janganlah keputusan ini dibuat gara-gara takut kempunan satu kerusi dun. Lagi lah sedih. Nak cite pun malas.
Lain pula pendapat mantan PM, Tun Mahathir. Katanya pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) akan menjejas masa depan anak-anak, sekali gus menjadikan mereka mangsa kepada keputusan kerajaan itu. Bekas Perdana Menteri itu yang jelas tidak gembira dengan keputusan berkenaan menyifatkannya sebagai tindakan yang akan menyukarkan anak-anak untuk mempelajari dan mengetahui perkembangan dunia sains pada masa depan. Tun Abdullah apa komen pulak?
Keputusan telah dibuat. Terpaksa lah kita terima. Katanya kaedah pengajaran bahasa Inggeris sama ada di sekolah rendah dan menengah juga perlu dikaji semula selain menggunakan saluran media yang ada secara efektif dengan mengadakan program belajar bahasa itu melalui radio, televisyen dan internet selain mengedarkan DVD.
Walau apa pun pembaharuan yang nak dibuat, diharap kali ni dapat dinilai sedalam-dalamnya sebelum dilaksanakan , dan paling penting pandangan ahli akademik diambil kira sepenuhnya, bukanya kerana kepentingan politik semata-mata. Bukan apa, takut jatuh ditimpa tangga...
Nampaknya kebelakangan ni daerah Kuala Berang tak lekang dengan cerita panas. Belum pun reda dengan kemunculan ikan naga yang kononnya membaham orang di Tasik kenyir..timbul pulak cerita baru. Bukan cerita misteri atau cerita hantu tapi cerita sedih...
Masih ingatkah insan bernama Wook Kundur? Tahun 2005, Wook Kundur pernah mendapat liputan meluas media kerana perkahwinannya dengan Mohd Nor Musa kerana perbezaan umur hampir 69 tahun. Wook sekarang berusia 107 tahun manakala Mohd Nor 38 tahun. Memang jarang berlaku, atau mungkin memang ini je satu-satunya kes unik sebegini.
Namun, saat manis mereka seolah-olah tidak bertahan lama apabila suaminya itu, Mohd. Nor Musa ditangkap oleh sepasukan anggota penguat kuasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) kerana disyaki menagih heroin. Mohd. Nor, 38, ditangkap di pekarangan rumahnya di Kampung Bukit Tok Bat, Kuala Berang kira-kira pukul 2.20 petang semalam.Dia didapati positif mengambil dadah jenis heroin kemudian dihantar ke Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) di Sungai Besi, Kuala Lumpur untuk rawatan selama dua tahun.Penahanan itu dibuat di bawah Seksyen 8(3)(a) Akta Penagih Dadah Rawatan dan Pemulihan Pindaan 1998.
Wook berkata, dia pernah mendengar orang memberitahu suaminya menagih dadah sejak awal tahun ini, tetapi tidak pernah melihat dengan mata sendiri sehinggalah seorang rakan Mat Noor memperli dengan memberitahu ‘tauke dadah’ sudah sampai, beberapa hari lalu.Menurutnya lagi, banyak barangan kemas miliknya digadai Mat Noor termasuk sebuah kereta terpakai yang dibeli dengan harga RM3,500 untuk suaminya turut dijual tiga bulan lalu.
Memang tragis kisah Wook. Disangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari. Percayalah, ujian dan dugaan Tuhan tak mengenal usia dan pangkat. Tetapi yang pastinya ada hikmah disebalik segala-galanya....Sama-sama kita renungkan...
P/s: kepada mang, balik tu jenguk-jenguklah orang kg k...
Menanti satu detik pandangan magis mu Cukup untuk meredakan rindu duniawi Segala dugaan dan pesona Menjadi irama indah Kesakitan ragaku Berlalu pergi Tiada bererti
Pada Mu jua Tertuju segala jalan Pada Mu jua Cinta ku serahkan Kerna hati seorang pencinta Pandangannya satu Matanya hanya melihat Dia Yang melihatnya Hanya Dia kekasihnya
Sang Pencinta… Hanya Dia merasa Semangat sebuah pengorbanan Sang Pencinta… Hanya Dia mengerti Persoalan percintaan ini Cinta ini Rela menderita Agar rindu batinnya terubat Mengenang Dia Cinta yang dipuja Mengenang Dia Cinta yang diredha Hanya Dia Mengenang Dia Hanya Dia