'Partinya tidak akan menutup pintu rundingan dengan mana-mana pihak kerana ia merupakan satu tuntutan dalam Islam'. Itu ungkapan Sang presiden. Namun pintu yang baru sedikit terkuak, kembali tertutup. Tidak akan ada lagi perbincangan ke arah kerajaan perpaduan atau unity goverment. Akhirnya dimuktamadkan. Itu pun selepas Tok ketua mengamuk dan marah, walhal definasi sebenar unity goverment mungkin tiada siapa yang tahu dan faham. Tapi mungkin sesetengah orang sudahpun mendapat ilham dalam tidur. Entahlah.
Fitnah dan tohmahan untuk mengucar-kacirkan pihak lagi satu. Betul ke? Kenapa tak bincang dulu baru bising-bising. Atau pun saja bising-bising dulu pasal sekarang ramai yang suka buat bising, masa angkat sumpah pun boleh buat bising, apa lah nak hairan.
Benar-benar ikhlas untuk melihat orang melayu bersatu kembali? Atau terdesak sebab hampir-hampir lemas.Kita pun keliru. Politik, macam-macam boleh jadi. Tapi takpe, Sang presiden lagi satu dah cakap, boleh terus berkhidmat untuk rakyat tanpa pihak satu lagi. Sampai bila bertahan?
Sudah-sudahlah atuk-atuk semua. Berhenti la mengomel, yang rugi kita jugak. Mereka makin lama makin untung. Macam-macam dapat. Alahai Luncai...
Biarkan Luncai terjun
Posted by
Struggling engineer
Monday, June 22, 2009
Labels: Luncai
2 comments:
welcome to a brave new world...
tu gambr tuan punya blog ke...
Post a Comment