Safety first!

it's too late......

Dalam persekitaran kerja tidak kira bidang industri, aspek keselamatan sering diambil berat dan ungkapan 'safety first' memang popular dikalangan para pekerja. Pelbagai polisi diwujudkan dan lengkap didokumentasikan. Sebesar-besar papan tanda peringatan digantung cantik diserata sudut kilang. Cuma bila sampai bab mematuhi atau mempraktikkannya, disinilah ungkapan 'jimat kos', 'kejar masa', dan 'selamat kot' mengatasi ungkapan 'safety first' itu sendiri.

Faktor kos dan masa menjadi alasan mudah pihak pengurusan untuk mencabul peraturan dan polisi yang mereka sendiri buat, tak pun memandang remeh polisi yang orang lain buat. Dan yang menjadi mangsa sudah tentulah pekerja-pekerja bawahan mereka yang setia lagi dedikasi. Buat salah tak buat pun salah. Terbaru yang dapat kita lihat kejadian runtuhan di tapak pasar raya Jaya Supermarket di Seksyen 14/20 di Petaling Jaya baru-baru ini.

Harus diingat, peraturan dan polisi yang ditetapkan ada justificationnya tersendiri, bukan saja-saja dibuat untuk menyusahkan sesiapa. Dan kalaupun kita mempunyai pihak pengurusan yang hanya tahu untung je, sekurang-kurangnya jadilah individu yang mempunyai tahap awareness yang tinggi, bijak menganalisis risiko dan sentiasa mengamalkan 'behaviour based safety'. Ini hanya posting pengenalan, InsyaAllah aku akan post lebih banyak artikel berkaitan safety pada masa akan datang kerana aku rasa ia satu isu menarik yang sering terlepas pandang oleh kebanyakkan orang. Ingat!, malang tak berbau, jangan sampai kita jadi subjek cerita dalam Second From Disaster untuk episod akan datang.

1 comments:

Anonymous July 8, 2009 at 10:59 PM  

safety is always be number one for any activity

Welcome

Search

Tak mungkin berpaling


Get your own Digital Clock

Sang Pencinta

Menanti satu detik pandangan magis mu
Cukup untuk meredakan rindu duniawi
Segala dugaan dan pesona
Menjadi irama indah
Kesakitan ragaku
Berlalu pergi Tiada bererti

Pada Mu jua Tertuju segala jalan
Pada Mu jua Cinta ku serahkan
Kerna hati seorang pencinta
Pandangannya satu
Matanya hanya melihat Dia
Yang melihatnya Hanya Dia kekasihnya

Sang Pencinta… Hanya Dia merasa
Semangat sebuah pengorbanan
Sang Pencinta… Hanya Dia mengerti
Persoalan percintaan ini
Cinta ini Rela menderita
Agar rindu batinnya terubat
Mengenang Dia Cinta yang dipuja
Mengenang Dia Cinta yang diredha
Hanya Dia Mengenang Dia Hanya Dia