Cerita malas


Pada suatu masa dahulu, ada sebuah kampung di mana rakyatnya semua rajin tidak ada yang malas. Jadi suatu hari rajanya membuat pengumuman untuk mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu ada seorang lelaki yang mengaku

Katanya "Saya adalah yang paling malas".
Raja pun bertanya "Apa tahap malas awak?".
Lalu lelaki itu menjawab "Kalau saya hendak makan ada orang yang menyuapkannya".

Tiba-tiba datang lagi seorang lelaki lalu berkata "Saya lebih malas lagi dari dia Tuanku".
Tuanku pun bertanya "Sampai mana pulak tahap malas awak".
Maka dia menjawab "Kalau saya makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan".

Maka raja pun terdiam...
Tanpa disangka-sangka seorang budak lelaki datang kepadanya lalu berkata
"Saya adalah paling malas Tuanku".
Raja terkejut sambil bertanya "Bagaimana pulak tahap kemalasan awak?".
Budak itu pun menjawab "Nak cite pun malas Tuanku.....".

3 comments:

Anonymous July 5, 2009 at 9:00 PM  

boleh hantar kat majalah mestika ni

Struggling engineer July 7, 2009 at 9:53 PM  

kat mane-mane pun boleh...janji jadi pengajaran untuk semua...

Syam July 9, 2009 at 9:59 PM  

malas.. memang pun .. tapi hutang tetap kena bayar.. tak leh liat..

Welcome

Search

Tak mungkin berpaling


Get your own Digital Clock

Sang Pencinta

Menanti satu detik pandangan magis mu
Cukup untuk meredakan rindu duniawi
Segala dugaan dan pesona
Menjadi irama indah
Kesakitan ragaku
Berlalu pergi Tiada bererti

Pada Mu jua Tertuju segala jalan
Pada Mu jua Cinta ku serahkan
Kerna hati seorang pencinta
Pandangannya satu
Matanya hanya melihat Dia
Yang melihatnya Hanya Dia kekasihnya

Sang Pencinta… Hanya Dia merasa
Semangat sebuah pengorbanan
Sang Pencinta… Hanya Dia mengerti
Persoalan percintaan ini
Cinta ini Rela menderita
Agar rindu batinnya terubat
Mengenang Dia Cinta yang dipuja
Mengenang Dia Cinta yang diredha
Hanya Dia Mengenang Dia Hanya Dia