PPSMI - Akhirnya berkubur....

Dilaporkan keputusan kerajaan memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang diumumkan hari ini mendapat reaksi positif pelbagai pihak. Cendekiawan, ahli politik, ahli akademik, pendidik malah pelajar sendiri menyifatkan langkah itu sebagai sesuatu yang realistik ke arah memperkukuh kedudukan Bahasa Inggeris dan pada masa yang sama mendaulatkan bahasa Melayu.

Diharap apa yang dilapor tu ada asasnya. Bimbang juga takut-takut pisang berbuah lima enam kali. Dulu pun masa PPSMI nak diperkenalkan, semuanya reaksi positif, kalau ada pun yang negatif, hanya dipendam buat pekasam. Lagi satu, janganlah keputusan ini dibuat gara-gara takut kempunan satu kerusi dun. Lagi lah sedih. Nak cite pun malas.

Lain pula pendapat mantan PM, Tun Mahathir. Katanya pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) akan menjejas masa depan anak-anak, sekali gus menjadikan mereka mangsa kepada keputusan kerajaan itu. Bekas Perdana Menteri itu yang jelas tidak gembira dengan keputusan berkenaan menyifatkannya sebagai tindakan yang akan menyukarkan anak-anak untuk mempelajari dan mengetahui perkembangan dunia sains pada masa depan. Tun Abdullah apa komen pulak?

Keputusan telah dibuat. Terpaksa lah kita terima. Katanya kaedah pengajaran bahasa Inggeris sama ada di sekolah rendah dan menengah juga perlu dikaji semula selain menggunakan saluran media yang ada secara efektif dengan mengadakan program belajar bahasa itu melalui radio, televisyen dan internet selain mengedarkan DVD.

Walau apa pun pembaharuan yang nak dibuat, diharap kali ni dapat dinilai sedalam-dalamnya sebelum dilaksanakan , dan paling penting pandangan ahli akademik diambil kira sepenuhnya, bukanya kerana kepentingan politik semata-mata. Bukan apa, takut jatuh ditimpa tangga...





2 comments:

Ibnu Ismail_77 July 9, 2009 at 11:07 PM  

Sebenarnya...
Apa yang berlaku ada pro dan kontra. Tidak kira samada ianya dilaksana atau tidak, jika orang melayu masih layu...melayu kelak akan hilang di dunia.
Selepas beberapa tahun perlaksanaan Matematik dan Sains dalam BM, orang melayu khususnya luar bandar masih tidak mendapat manfaat dari kedua ilmu ini. Kununnya ilmu agama itu penting, dadah dan maksiat masih menjadi pilihan Melayu Islam ini.Jadi bagi kita bekerja lah seolah2 akan mati esok hari dan beribadatlah seolah2 akan hidup seribu tahun lagi.
Harap2 keputusan kali ini betul, jangan menang sorak kg tergadai.
-king Hammid-

Anonymous July 25, 2009 at 4:48 PM  

Blajar dalam BI or BM x pnting kwn2, ape yg pnting? keje sama

Welcome

Search

Tak mungkin berpaling


Get your own Digital Clock

Sang Pencinta

Menanti satu detik pandangan magis mu
Cukup untuk meredakan rindu duniawi
Segala dugaan dan pesona
Menjadi irama indah
Kesakitan ragaku
Berlalu pergi Tiada bererti

Pada Mu jua Tertuju segala jalan
Pada Mu jua Cinta ku serahkan
Kerna hati seorang pencinta
Pandangannya satu
Matanya hanya melihat Dia
Yang melihatnya Hanya Dia kekasihnya

Sang Pencinta… Hanya Dia merasa
Semangat sebuah pengorbanan
Sang Pencinta… Hanya Dia mengerti
Persoalan percintaan ini
Cinta ini Rela menderita
Agar rindu batinnya terubat
Mengenang Dia Cinta yang dipuja
Mengenang Dia Cinta yang diredha
Hanya Dia Mengenang Dia Hanya Dia