Persepsi Silap Keuntungan Petronas (Petikan dari Utusan Malaysia)


KEJAYAAN yang diraih Petronas bukan datang dengan sekelip mata. Begitu juga keupayaannya menjadi antara syarikat terkemuka dunia dengan namanya terpampang megah dalam senarai Fortune Global 500. Tidak banyak syarikat di dunia yang mampu mencipta sejarah sepertinya, apatah lagi syarikat tempatan sendiri. Pencapaian ini adalah hasil kesungguhan kesemua 35,000 kakitangan seluruh dunia termasuk 20,000 di Malaysia dan bukan kerana kehebatan penerajunya Tan Sri Mohd. Hassan Marican semata-mata.

Tidak menghairankan jika Mohd. Hassan yang merupakan Presiden dan Ketua Eksekutifnya paling kecewa terhadap kenyataan sesetengah pihak yang mahukan gaji kakitangannya dikurangkan berikutan keuntungan syarikat minyak itu jatuh buat kali pertama sejak 2002. Bagi mereka yang dangkal ilmu dan pendek fikiran sememangnya amat mudah untuk membuat tuduhan seumpama itu, sedangkan tidak ramai yang mengetahui bahawa gaji kakitangan Petronas tidak setinggi mana.

Bayaran gaji yang dibawa pulang oleh kakitangan hanya lebih tinggi sedikit berbanding dengan kakitangan awam dan sekadar menyamai apa yang ditawarkan Bank Negara Malaysia. Kakitangan Petronas sendiri pernah kebingungan apabila kesemua mereka dikatakan menikmati petrol percuma. Malah Mohd. Hassan pernah terkejut dan ketawa apabila dikatakan memiliki jet peribadi.

Di sebalik kehebatan Petronas, ia mempunyai masalah tersendiri terutamanya modal insan. Jadi tidak hairan setiap kali bertemu media, Hassan sentiasa melahirkan kebimbangan tentang kebanjiran keluar tenaga mahir Petronas menyertai syarikat minyak lain kerana gaji dan imbuhan yang lebih besar.

Berapa ramai yang bersedia bekerja keras di tengah-tengah lautan dan bawah panas terik padang pasir, jauh dari negara sendiri kerana kepentingan negara tetapi bayaran yang diterima tidak berbaloi.Kehilangan pekerja berpengalaman dan berkemahiran merupakan satu kerugian kepada negara dalam usahanya membangunkan lagi Petronas yang banyak menyumbang kepada kemakmuran ekonomi negara.Benarkah, pembayaran gaji yang didakwa terlalu tinggi kepada kakitangan menjadi penyumbang kerugian Petronas apabila kos tenaga kerjanya hanya mewakili tiga peratus manakala perbelanjaan pengeluaran dan operasi mewakili angka yang terbesar sebanyak 71 peratus. Jumlah perbelanjaan yang bakal dibelanjakan syarikat minyak negara itu tidak akan berkurangan kerana untuk mengorek minyak dari perut bumi bukan lagi semudah sebelumnya.

Petronas kini perlu menerokai laut dalam dan juga jauh lebih dalam (ultra deep) berbanding sebelumnya sehingga mencecah 4,000 meter yang memerlukan teknologi baru dan melibatkan kos yang tinggi sedangkan hasilnya belum pasti daya majunya.Segalanya tidak mudah kerana industri minyak dunia kini berdepan dengan kos yang tinggi dan harga minyak yang rendah. Penyediaan infrastrukturnya seperti loji penapisan bukan siap semalaman tetapi sekurang-kurangnya lima tahun akan datang.Menyedari hakikat sumber dalam negara juga akan berakhir Petronas dengan pengurusannya yang bijak bertindak menerokai telaga minyak dan gas di luar negara untuk membawa kekayaan ke dalam negara.

Bayangkan tidakkah hebat sebuah syarikat di sebuah negara kecil seperti Malaysia yang kini rizab minyak tidak sebanyak mana, berjaya kekal menjadi penyumbang terbesar tunggal kepada hasil negara sedangkan dahulu ditubuhkan hanya mempunyai modal sebanyak RM10 juta.
Kenapa tidak dilihat tentang keupayaan negara lain seperti Venezuela, Mexico dan juga jiran terdekat Indonesia yang mempunyai rizab minyak jauh lebih besar dalam perut bumi tetapi gagal untuk membangunkan negaranya Tidak salah untuk sesiapa sahaja melontarkan pendapat kerana setiap orang berhak berbuat demikian tetapi biarlah mempunyai kebenaran. Seperti mana kataa orang, "berat mata memandang lebih berat bahu yang memikul".

p/s: Duit bukan segalanya

1 comments:

Anonymous August 11, 2009 at 10:56 PM  

betul2
actually, manusia ni saling memcemburui btwn each others.

they should be thankful for whatever they got.

dont begrudge each others.

Welcome

Search

Tak mungkin berpaling


Get your own Digital Clock

Sang Pencinta

Menanti satu detik pandangan magis mu
Cukup untuk meredakan rindu duniawi
Segala dugaan dan pesona
Menjadi irama indah
Kesakitan ragaku
Berlalu pergi Tiada bererti

Pada Mu jua Tertuju segala jalan
Pada Mu jua Cinta ku serahkan
Kerna hati seorang pencinta
Pandangannya satu
Matanya hanya melihat Dia
Yang melihatnya Hanya Dia kekasihnya

Sang Pencinta… Hanya Dia merasa
Semangat sebuah pengorbanan
Sang Pencinta… Hanya Dia mengerti
Persoalan percintaan ini
Cinta ini Rela menderita
Agar rindu batinnya terubat
Mengenang Dia Cinta yang dipuja
Mengenang Dia Cinta yang diredha
Hanya Dia Mengenang Dia Hanya Dia